untitled
viviti

Webmaster

FAQ Form

Frequently Asked Questions

1. Apakah yang saya perlu buat sebelum datang ke Auckland?
2. Apakah yang saya perlu buat selepas tiba di Auckland?
3. Bagaimana urusan penghantaran barang daripada Malaysia?
4. Bagaimana saya uruskan persekolahan anak-anak di Auckland?
5. Apakah proses untuk mendapatkan rumah sewa di Auckland?
6. Bagaimana dan dimana saya boleh mendapatkan barang-barang rumah seperti perabot, peti ais, mesin basuh dan sebagainya?
7. Apakah proses yang terlibat dalam urusan pembelian kereta terpakai di Auckland?
8. Bolehkah saya menggunakan lesen memandu Malaysia di Auckland?
9. Apakah proses yang terlibat dalam urusan mendapatkan perkhidmatan internet broadband?
10. Bagaimana saya boleh mendapatkan produk dan Makanan halal?
11. Dimanakah Mussalah dan Masjid berdekatan untuk solat Jumaat?
12. Bagaimana hendak membuat panggilan murah ke Malaysia ?

* Apakah yang saya perlu buat sebelum datang ke Auckland?

Jika anda bercadang untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD, di New Zealand rata-ratanya pengajian diperingkat ini hanyalah melalui “research”. Oleh itu, penyelia (supervisor) dan tajuk “research” penting. Penyelia akan membimbing sepanjang pengajian sehingga akhir. Ambil masa untuk memilih penyelia dan tajuk yang sesuai dengan diri sendiri dan keperluan jabatan atau universiti di Malaysia. Sebaik-baiknya hubungi rakan-rakan Malaysia di universiti di Auckland yang mana pengajian bakal di buat. Dapatkan sedikit maklumat latarbelakang penyelia dan universiti tersebut. Ada universiti yang hanya baik dalam memasarkan namanya sahaja, walaupun akademiknya sama atau lebih rendah dari university lain. Cuba dapatkan maklumat berkenaan kos sara hidup dan komuniti disekeliling universiti. Ada universiti di Auckland yg terletak di tengah-tengah bandar manakala ada yang terletak di kawasan pinggir bandar.

Antara perkara yang perlu dilaksanakan sebelum ke New Zealand:

a)Permohonan Visa.

Ia perlukan medical checkup, police clearance certificate dan lain-lain dokumen. Anda perlu memohon Student visa untuk belajar di sini. Bagi yang berkeluarga, anak-anak yang akan bersekolah juga memerlukan Student Visa. Visit Visa pula boleh dipohon untuk pengiring (suami/isteri/anak yang belum bersekolah). Work Permit boleh dipohon untuk pasangan pelajar yang ingin bekerja di New Zealand.

Tempoh Visa

Tempoh visa adalah mengikut lama masa pengajian seperti tertera dalam surat tawaran daripada Universiti. Untuk memudahkan urusan, pasangan pelajar digalakkan memohon Work Permit berbanding Visit Visa kerana, dengan work permit pasangan boleh berada di NZ sama seperti tempoh untuk pemohon utama iaitu sepanjang tempoh pengajian.Manakala dengan Visit Visa, pasangan pelajar perlu memperbaharui lagi dalam tempoh beberapa bulan yang ditetapkan oleh pihak immigresen.Untuk membaca pengalaman para pelajar di sini tentang visa sila ke laman ini.

Nota: Kedatangan ke NZ untuk tujuan bercuti tidak memerlukan sebarang visa (hanya untuk tempoh tidak lebih dari 3 bulan). Untuk makluman lanjut, sila layari www.immigration.govt.nz

b)Urusan Tiket dan Penerbangan

Pelajar dinasihatkan untuk membuat urusan penempahan tiket dan penerbangan setelah semua urusan visa selesai. Ini disebabkan ada beberapa kes di mana urusan visa mengambil masa yang agak lama daripada sepatutnya. Pelajar di galakkan untuk menghubungi International Student Officer universiti masing-masing bagi urusan menjemput pelajar di airport. Namun, pihak kami boleh membantu sekiranya pelajar tidak mendapat maklumbalas daripada pihak university. Rehat dan tenangkan fikiran, perjalanan masih jauh.

Sekiranya, pelajar membawa sebarang makanan daripada Malaysia, makanan tersebut hendaklah diisytiharkan kpd pihak kastam di airport. Sebaiknya, makanan ditempatkan di dalam satu beg bagi memudahkan urusan tersebut. Barangan makanan juga digalakkan berada dalam bungkusan rapi dan seboleh-bolehnya mempunyai senarai kandungan, pengilangan dan lain-lain. Barangan seperti madu, hasil tenusu ( susu bayi, milo @ kopi 3 in 1 ), daging ( kambing or lembu) adalah tidak digalakkan dan kemungkinan akan di rampas oleh kastam.

c)Urusan Penginapan ( Accommodation)

Segala urusan penginapan pelajar di New Zealand sebaik-baiknya dibuat sebelum tiba di sini. Anda boleh membuat urusan dengan menghubungi International Student Officer universiti masing-masing bagi mendapat pandangan tentang penginapan yang disediakan oleh pihak universiti. Selalunya penginapan oleh pihak universiti lebih murah berbanding private accommodation. Untuk private accommodation, pelajar boleh seach website real estate di sini. Sila ke Link untuk melihat website real estate agent.

d)Insuran

Bagi pelajar tajaan, anda boleh mendapat informasi mengenai insuran daripada penaja masing-masing. Ini termasuklah coverage insuran tersebut. Bagi pelajar persendirian, kebiasaannya pihak universiti ada menawarkan insuran student. Oleh itu, ada kemungkinan pasangan pelajar persendirian perlu mendapatkan insuran yang lain. Bagaimanapun, anda boleh membuat pertanyaan dengan International Student Officer mengenai skim insuran universiti masing-masing. Untuk makluman kebanyakan insuran tidak memasukkan maternity coverage dalam skim mereka.

e)Pakaian

Jika tiba waktu winter sediakan satu baju tambahan untuk orang dewasa dan dua baju tambahan untuk anak-anak dan orang tua. Di Auckland winter tidaklah terlalu sejuk tapi perubahan cuaca dari cuaca di Malaysia ke cuaca di Auckland mungkin agak drastik bagi sesetengah orang

* Apakah yang saya perlu buat selepas tiba di Auckland?

Selepas settle down, antara perkara penting termasuk – Setelah selamat tiba di Auckland, anda perlu :

a) Membuka akaun bank.

Ada banyak pilihan seperti ANZ, ASB, BNZ, dan lain2.Anda perlu memilih bank yang menawarkan package urusan terbaik untuk pelajar. Ada sesetengah bank mengenakan bayaran untuk urusan internet banking. Jadi pilihlah yang sesuai dengan citarasa anda.

(b) Dapatkan kad prepaid seperti Vodafone/Telecom dan talian telefon untuk internet.

Pelajar boleh mendapatkan kad telefon di kedai-kedai berdekatan tempat tinggal pelajar. Jangan lupa untuk memilih nombor kegemaran atau nombor yang senang untuk diingati. Anda juga boleh membuat sambungan telefon untuk urusan internet. Ada beberapa syarikat yang menawarkan khidmat. Telecom, kiwionline, whoosh, vodafone, etc

*Bagaimana urusan penghantaran barang daripada Malaysia?

Jika ingin menghantar barang ke Auckland sila poskan dahulu melalui laut atau udara ke alamat kawan-kawan di Auckland. Boleh semak dengan POS Malaysia, DHL , dll

Tempoh Penghantaran : Pos laut akan mengambil masa 1~ 3 bulan. Pos udara seminggu .

Untuk makluman perkakas eletrik di NZ agak mahal berbanding Malaysia. Tetapi perlu diingat power socket di sini adalah berbeza dengan di Malaysia. Anda boleh mendapatkan internatioanal adaptor dari Malaysia atau membelinya di Kedai 2 Dolar di sini. Pelajar digalakkan membawa rice cooker dan blender jika perlu.

* Bagaimana saya uruskan persekolahan anak-anak di Auckland?

Perlu juga anda dapatkan maklumat lain seperti masjid berdekatan, kedai groceries berdekatan, dan sekolah/kindie bagi keluarga yang membawa anak yang bersekolah. Seeloknya dapatkan bantuan rakan-rakan yang telah lama di Auckland. Di sini, pemilihan sekolah mengikut zon. Ini bermakna, jika alamat rumah kediaman kita dia dalam Zon A, maka anak-anak hanya boleh ke sekolah zon A. Maklumat lanjut sila layari http://www.schoolzones.co.nz/enrolmentzones/.

Tiada yuran persekolah di sini, Cuma derma aktiviti. Sesetengah sekolah tidak memerlukan unifom tapi kebanyakkan sekolah memerlukan uniform. Rata-rata modal seorang anak untuk mula sekolah boleh dijangka mencecah NZD$200. Mendaftar terus di pejabat Sekolah yang telah dipilih berdekatan tempat tinggal.

Dokumen yang diperlukan: - Surat tawaran Universiti ibu/bapa - Paspot Ibubapa dan anak

Frequently Asked Questions


* Apakah proses untuk mendapatkan rumah sewa di Auckland?

Harga dan kualiti rumah berbeza-beza. Selalunya di Auckland city harga sewa lebih mahal berbanding di suburbs. Tenancy Agreement adalah perjanjian yang perlu di buat antara tuan rumah dan penyewa. Perjanjian ini boleh jadi “fixed” atau “open ended”. Fixed contohnya, perjanjian penyewaan selama 12 bulan, penyewa dan tuan rumah tidak boleh tamatkan perjanjian sehingga cukup 12 bulan. Jadi jika ingin keluar dari rumah tersebut sebelum tamat 12 bulan tersebut, prosesnya bakal rumit, bahkan tuan rumah mungkin tidak membenarkan. Open ended bermaksud tiada tempoh di tetapkan, penyewa dan tuan rumah boleh memberi notis selama 3 minggu untuk menamatkan perjanjian. Oleh itu teliti perjanjian sebelum tandatangan. Dapatkan rakan yang telah lama di sini sebagai rujukan. Maklumat lanjut di http://www.tenancy.govt.nz/

Oleh kerana New Zealand Negara bermusim, pilih rumah yang tidak terlalu lama kerana rumah lama akan menjadi lembab dan sejuk semasa musim sejuk. Kebanyakkan rumah sewa di Auckland adalah “unfurnished”, selain dari oven, mesin basuh dan dryer, dan langsir dan karpet. Penyewa mungkin perlukan “heater” sendiri. (sewa antara NZD 250 ~300 seminggu atau lebih untuk 1 bilik ke atas).
Selain itu, boleh menetap di Auckland City. Apartment/flat satu bilik atau 2 bilik . Apartment/flat, bayaran sewanyanya NZD 300~400 lebih kurang seminggu dan transport ke universiti percuma atau boleh berjalan kaki. Jika anda mempunyai tiga anak atau lebih maka pemilik/building manager akan berasa berat utk membenarkan penyewa dgn bilangan anak yang lebih dua orang. Pilihan lain boleh menetap di luar Auckland City/Suburb area. Tempat ini agak jauh sedikit (2 atau 3 stages untuk transpot bus) dan mungkin memerlukan kenderaan. Sewa antara NZD300~350 semingu untuk dua bilik.Sila ke link untuk membaca pengalaman kami di sini.

 * Bagaimana dan di mana saya boleh mendapatkan barang-barang rumah seperti perabot, peti ais, mesin basuh dan sebagainya?

Kebanyakan rumah sewa dilengkapi peralatan asas seperti stove, fridge, washing machine and even dishwasher. Akan tetapi tidak semua ada. Semak semasa proses mendapatkan rumah sewa. Jika tiada dan anda merancang untuk membeli, anda boleh dapatkan melalui TradeMe, garage sale, dan second hand shop. Jika anda ingin membeli brand-new tiada masalah.

Di sekitar Auckland ada beberapa kedai yang menjual barang terpakai seperti Cash Coverter , ABC Dominion road , City Mission, Salvation Army, Ops Shop dll. Perabut serta perlatan ruang tamu juga anda boleh dapati di kedai – kedai terpakai tersebut. Setiap weekend ada pasar Flea Market di Otara, Avondale, Takapuna, Manukau, Henderson etc.

* Apakah proses yang terlibat dalam urusan pembelian kereta terpakai di Auckland?

Car Fair setiap hari sabtu, di Foodtown, Britomartt. Melalui kawan –kawan, auto trader ataupun trademe. Tempat yang glamour setakat ni adalah di Ellerslie, Auckland. Tempat ini dah jadi pasar kereta. Pilih yang mana berkenan...

* Bolehkah saya menggunakan lesen memandu Malaysia di Auckland?

Hanya untuk setahun. Selepas setahun perlu ambil/buat lesen New Zealand. Translate lesen memandu Malaysia sebelum ke New Zealand. Di sini untuk mendapat lesen New Zealand, perlu ambil ujian bertulis dan ujian memandu. Kesemuanya kos dalam NZD$200. Sila rujuk http://www.landtransport.govt.nz/factsheets/56.html untuk maklumat lanjut.

 * Apakah proses yang terlibat dalam urusan mendapatkan perkhidmatan internet broadband?

Terdapat beberapa company menguruskan perkhidmatan broadband.Pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan internet broadband sama ada wireless ataupun wired melalui telecom, ihug, woosh,slingshot, kiwionline , orcon dan lain-lain. Package yang ditawarkan pelbagai daripada NZD 30 hingga ke NZD 100 sebulan. Buat pilihan mengikut kesesuaian anda. Jika ingin mencuba, anda boleh bawa ADSL modem daripada Malaysia.

* Bagaimana saya boleh mendapatkan produk dan Makanan halal?

Alhamdulillah, tidaklah begitu susah untuk mendapatkan makanan halal di Auckland. Check out Halal directory (restoran, butcher, dll) at http://www.fianz.co.nz/ tapi ada juga yang tidak tersenarai. Dah sampai boleh tanya teman-teman di sini, ramai yang sudi membantu, insyaAllah.

* Dimanakah Mussalah dan Masjid berdekatan untuk solat Jumaat?

Terdapat Prayer Room ( Musalla) di Auckland University. Sementara di Massey University prayer room terletak di bangunan recreation centre. Di Auckland terdapat beberapa buah masjid. di Mt Roskill, Ponsonby dll. Terdapat sebuah masjid di NorthShore iaitu di Kamahi Road.

* Bagaimana hendak membuat panggilan murah ke Malaysia?

Terdapat pelbagai card panggilan murah seperti Talk n Save, DayBreak dll yang boleh digunakan pada kadar yang rendah. Sila buat semakan di website yang berkenaan.

 
 


Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com